Arkib Gemilang / Glory Archive

Projek Pembinaan Balai Penghadapan & Dewan Santapan memperlihatkan Dasar Persyarikatan diparktikkan. Kerajaan dan pihak swasta @ Kontraktor berganding baru menyediakan pasarana terunggul untuk memberi kemudahan kepada Institusi Diraja.

Gambar menunjukkan Pejabat Pengarah Projek yang pertama mengikut rekabentuk bahagian arkitek di tapak bina, yang memperlihatkan kesungguhan kedua-dua pihak kerajaan dan swasta berganding bahu untuk memastikan penghasilan terbaik bermula dari peringkat awalan projek.

 

Tandu Diraja sempena Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat kebangsaan 2005 telah di rekacipta oleh Bahagian Arkitek JKR Kedah. Ianya berbentuk bahtera yang diarak oleh seribu orang peserta berpakaian adat istiadat Raja Melayu lama, yang diketuai oleh Kumpulan Gajah Diraja. Timbalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman telah mencemar duli berangkat menaiki tandu tersebut.

Pembinaan Balai Penghadapan dan Dewan Santapan Kompleks Istana Anak Bukit,Alor Star, Kedah Darul Aman Secara Rundingan Terus- Reka & Bina.
Ini adalah Projek Pertama JKR setuju terima Interim Secara Rundingan Terus- Reka & Bina


Gerbang Titi Gajah & Gerbang Tol Utara dibina sempena Temasya Sukan Malaysia 2006 dan berfungsi sebagai gerbang masuk utama ke Negeri Kedah Darul Aman. Melalui jalan udara dan darat @ Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim & Lebuhraya Utara/Selatan.

.