PERISTIWA SEMASA

12 Sept. 2006

Audit Sirim MS ISO 9001/2000

 Pasukan Audit dari SIRIM Malaysia telah membuat auditan ke semua Bahagian & Daerah di JKR Kedah pada 12hb.-14hb.September 2006,bagi mengenalpasti tahap pematuhan dan kefahaman SPK JKR Malaysia.

21 Sept. 2006

Seminar Bahan......

Bahagian Arkitek JKR Kedah menganjurkan Taklimat Teknikal/Bahan oleh Syarikat Emir Enterprise Sdn. Bhd. di Tingkat 12 Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar. Wakil-wakil dari semua bahagian dan daerah JKR Kedah telah hadir.
Bahan : Lockset (Iron Mongery)

14 Sept. 2006

Sukan Kementerian Kerja Raya Malaysia ....

Selamat Datang Kontenjen Sukan Ke Negeri Kedah Darul Aman.Sukan ini adalah gabungan semua agensi-agensi di bawah Kementerian Kerja Raya yang dirasmikan.oleh Y.B. Dato' Seri S.Samy Vellu Menteri Kerja Raya pada 14hb.Sept. 2006. Kejohanan ini telah berlangsung dari 14hb-16hb.Sept.2006 di Universiti Utara Malaysia,Sintok, Kedah. Lihat Gambar klik sini. . . .

07 Ogos 2006

Audit Dalaman MS ISO 9001/2000

 Pasukan Audit Dalaman dari Ibu Pejabat JKR diketuai oleh Ir.Wan Ibrahim Bin Wan Yusoff telah membuat auditan ke semua Bahagian & Daerah di JKR Kedah pada 07hb.-09hb.Ogos 2006,bagi mengenalpasti tahap pematuhan dan kefahaman SPK JKR Malaysia.

24 Julai 2006

Peperiksaan PTK.....

 Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) untuk kakitangan teknikal Negeri Kedah/Perlis bagi tahun 2006 bermula dari tarikh 24 sehingga 27Julai 2006 di Dewan Tan Sri Othman,Universiti Utara Malaysia,Sintok, Kedah.

01 Julai 2006

Pertukaran kakitangan......

 Hj. Fathullah Suhaimi bin Hj. Ismail, Pegawai Tadbir JKR Kedah sebelah kiri gambar telah bertukar ke Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah dan tugas beliau ditanggung kerja oleh Ar.Akashah bin Saad. Penolong Pengarah Arkitek JKR Kedah berkuatkuasa dari tarikh 02 Julai 2006.

24 Mei 2006

  Sukma XI Kedah 2006....

 

Selamat Datang Kontenjen Sukma Ke Negeri Kedah Darul Aman

  Sukma XI bermula pada 24 Mei hingga 4 Jun 2006 di negeri Kedah Darul Aman. Semoga semua pegawai dan peserta dapat menjayakan sukma XI pada kali ini dengan cemerlang, Gemilang dan Terbilang .
Untuk melihat aturcara rasmi Sukma.
klik disini....
 
JKR Kedah turut terlibat dalam penyedian infra seperti Gerbang Sukma dll.
Untuk melihat gambar tersebut
klik disini.....

09 Mei 2006

  Seminar Bahan......

Dimaklumkan bahawa Bahagian Arkitek JKR Kedah menganjurkan taklimat teknikal oleh Lotus Paints Sdn. Bhd. dan Timur P.A Pipe Industry Sdn. Bhd.
Lihat Gambar klik sini. . . .

02 Mei 2006

  Lawatan Kerja Timbalan Menteri Kerja Raya.

  ' SELAMAT DATANG '
  Y,B. Dato' Ir. Mohd. Zin bin Mohamed mengadakan lawatan kerja ke JKR Kedah Darul Aman pada 02 Mei 2006.
  Majlis taklimat Projek-Projek RMK9 telah disampaikan oleh Pengarah JKR kedah.
Lihat Gambar klik sini. . . .

08 April 2006

  Bowling.....

.

Dimaklumkan bahawa Kelab Sukan & Kebajikan JKR Kuala Muda / Sik menganjurkan pertandingan bowling persahabatan kakitangan JKR / JBA Negeri Kedah 2006

08 Mac 2006

  Taklimat & Demonstrasi...

Dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan JKR Kedah Darul Aman akan menganjurkan taklimat dan demonstrasi penggunaan 'Motorised JKR Probe' & 'EZ Extractor' oleh Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, JKR Malaysia.
Cawangan ini telah mereka serta menghasilkan satu peralatan yang boleh membantu dalam pelaksanaan projek pembangunan dari aspek kerja penyiasatan tanah dengan penggunaan proba JKR secara mekanikal.
Lihat Gambar klik sini . . .

01 Mac 2006

  Kebakaran....

Pejabat JKR Daerah Kota Setar / Padang Terap yang terletak di tingkat 1 dan 2 Bangunan Gunasama bersebelahan dengan Bangunan Sultan Abdul Halim ( IP JKR Kedah ) telah mengalami kebakaran.Pihak penguasa Jabatan Bomba sedang menjalankan siasatan berkenaan punca kebakaran tersebut.
Lihat Gambar klik sini . . .

lihat peristiwa semasa bulan Feb. 2006

 

Gerbang Titi Gajah dibina sempena Temasya Sukan Malaysia 2006 dan berfungsi sebagai gerbang masuk utama ke Negeri Kedah Darul Aman melalui jalan udara @ Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

MERCU TANDA BARU ALOR STAR

Pemberitahuan

Tukar Suka Sama Suka.....

T.A. Civil : Persekutuan :
dari JKR Balek Pulau Pulau Pinang ke JKR Kedah sila hubungi Pn. Huzaina bt. Hj. Hashim: 013-4267238 tel: rumah : 6432115.
Juruteknik Awam/Ukur Bahan :
Dari JKR Kedah ke JKR Daerah Timur Laut
Pulau Pinang sila hubungi Pn. Yusni bt. Mat
Ani - 04 2831522 / 016 4321138.

Maklumat IBS :
AJK Pertandingan Rekabentuk Sekolah

Pautan maklumat mengenai Industrial Building System (IBS) dan Energy Efficiency : klik sini

Download CPM

Contoh CPM boleh download dari sini...

VCD Perjumpaan Pegawai-Pegawai Kan JKR Kedah

Boleh diperolehi dari KPPArkitek..

Aduan

Klik sini.

Kemaskini Terakhit
latest update

3.8.2006
log in pemberita.

 

Makluman

Semua Ketua Bahagian dan Jurutera Daerah JKR Kedah Darul Aman dikehendaki menamakan pegawai laman web masing-masing bagi tujuan pendaftaran di Unit Teknologi Maklumat JKR Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Sila hantar ke alamat "e-mail" Webmaster JKR Kedah di abrashido@jkr.gov.my

Sila kemukakan dengan lengkap butiran petugas yang dilantik:

Nama/No.KP/Bahagian/E-mail/Jawatan/Gambar Digital

kemaskini terakhir 28 Sept. 2006 : abrashido@jkr.gov.my