|
|
||||
|
KDYMM Tuanku Sultan Kedah berkenan ke Majlis Taklimat Diraja berkenaan kemajuan Projek Pembinaan Balai Penghadapan dan Dewan Santapan Kompleks Istana Anak Bukit dan projek - projek kecil dibawah seliaan Unit Penyelenggaraan Kemudahan Istana (UPKIS) JKR Kedah.Taklimat ini telah diadakan di Wisma Darul Aman Alor Star Kedah ,Baginda turut diiringngi oleh YTM Tunku Temenggong Kedah dan YTM Tunku Puteri Intan Shafinaz .Turut hadir di majlis ini ialah wakil Menteri Besar Kedah, YB Ir.Dato Nawawi Hj.Ahmad berserta beberapa orang Ahli Majlis Kerajaan Negeri ,Pegawai - Pegawai Kanan Negeri Kedah dan Ketua - Ketua Jabatan .Klik untuk gambar taklimat seterusnya ........ |
|
||||
![]() |
Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Kerja Raya Zon Utara pada 19 Julai 2007 di Dewan Wawasan , Kubang Pasu Jitra telah di sempurnakan oleh Timbakan Menteri Kerja Raya YB. Dato' Ir.Mohd Zin Bin Mohamed . Beliau turut diiringi oleh YBhg. Dato' Syed Jamal Bin Syed Jaafar ,Y.Bhg.Dato'Ir.Hj.Mohd.Noor Bin Yaacob, YBhg.Dato' Ir.Dorairajoo dan Pegawai - Pegawai Kanan JKR . Majlis ini turut dimeriahkan dengan pameran bahan - bahan binaan dari pembekal seluruh Malaysia . Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai mengenali dengan lebih dekat fungsi dan tugasan yang dipertanggungjawabkan kepada kementerian. Di samping itu juga, majlis ini juga dapat dijadikan saluran penyampaian aduan dan komen-komen daripada orang ramai.Klik untuk gambar ... |
|||
|
||||
![]() |
Menteri Besar Kedah Darul Aman , Y.A.B Datuk Seri Mahdzir Khalid telah membuat lawatan ke tapak projek Pembinaan Balai Penghadapan dan Dewan Santapan di Kompleks Istana Anak Bukit , Alor Star pada 22 mei 2007 jam 12.30 tengahari.Beliau turut diiringi oleh Dato'Syed Unan Mashri Syed Abdullah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah ,Pengarah JKR Kedah serta Pegawai - Pegawai Kanan JKR.Y.A.B Datuk Seri telah melawat seluruh kawasan pembinaan Balai Penghadapan dan juga Zoo Mini yang terletak diperkarangan Istana .Sebelum lawatan di mulakan beliau telah diberikan taklimat ringkas berkenaan kemajuan projek oleh Ar.Abd.Rashid Othman . Klik untuk gambar lawatan.... |
|||
|
||||
![]() |
Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah mengalu - alukan dan mengucapkan sekalung tahniah atas perlantikan KPKR Baru yang berkuatkuasa pada 3 Mei 2007 kepada ; dari kiri.... Y.Bhg.Dato' Ir.Dr.Judin Bin Abd.Karim sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya ,Malaysia. Y.Bhg.Dato' Ir.Haji Mohammad Bin Husin sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya 1. Y.Bhg.Dato'Ir.Hj.Mohd.Noor Bin Yaacob sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya 11. Y.Bhg.Ir.Selvanayagam A/L P.Nagalingam sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya 111. Seluruh warga mendoakan agar diberkati Allah s.w.t dalam melaksanakan tugas dengan Cemerlang ,Gemilang dan Terbilang. |
|||
|
|
kemaskini terakhir pada11.7.2007 oleh Pasukan Web UPKIS JKR Kedah . |