|
|
||||||||||||||
![]() |
||||||||||||||
KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman berkenan untuk berangkat ke Tapak Projek Pembinaan Balai Penghadapan dan Dewan Santapan , Di Kompleks Istana Anak Bukit Alor Star pada 3.10.2007 jam 10.30 pagi.Baginda telah meluangkan masa selama sejam untuk mendengar taklimat dan lawatan mengenai kemajuan projek .Baginda turut diiringi oleh Menteri Besar Kedah , Y.A.B Datuk Seri Mahdzir Khalid , Ahli - Ahli Majlis Kerajaan Negeri ,Pegawai - Pegawai Kanan Negeri Kedah dan Ketua - Ketua Jabatan.Klik gambar seterusnya.....................
|
|
|||||||||||||
|
||||||||||||||
![]() |
||||||||||||||
Mesyuarat Pegawai - Pegawai Kanan JKR Kedah Darul Aman telah dijalankan pada 10 september 2007 bertempat di Darul Aman Suites , Jitra Kubang Pasu Kedah . Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh pengarah JKR Kedah, Ir.Baharanuddin Bin Che Zain SDK.,BCK.Semua ketua jabatan dan pegawai - pegawai kanan JKR Kedah telah hadir , membincangkan agenda - agenda bagi memantapkan lagi pengurusan. Antara perkara pokok yang dibincangkan meliputi Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan, Aduan/Maklumbalas pelanggan, kehendak-kehendak pelanggan dan lain-lain. |
||||||||||||||
|
||||||||||||||
![]() |
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah Darul Aman mengucapkan sekalung tahniah kepada Pasukan Kawat Jabatan Kerja Raya (JKR)Kedah telah muncul juara kategori Jabatan Kerajaan sempena perarakan Hari Kemerdekaan Ke 50 tahun.yang diadakan di Dataran Tunku , Jalan Tunku Ibrahim pada 31 Ogos 2007. Pasukan JKR Kedah yang diketuai oleh pengurus pasukan En.Kamarudin Bin Nawawi, dengan membawa pulang hadiah berupa piala,wang tunai RM3000.00 dan sijil penghargaan Klik untuk gambar ......... |
|||||||||||||
|
||||||||||||||
![]() |
KDYMM Tuanku Sultan Kedah berkenan ke Majlis Taklimat Diraja berkenaan kemajuan Projek Pembinaan Balai Penghadapan dan Dewan Santapan Kompleks Istana Anak Bukit dan projek - projek kecil dibawah seliaan Unit Penyelenggaraan Kemudahan Istana (UPKIS) JKR Kedah.Taklimat ini telah diadakan di Wisma Darul Aman Alor Star Kedah ,Baginda turut diiringngi oleh YTM Tunku Temenggong Kedah dan YTM Tunku Puteri Intan Shafinaz .Turut hadir di majlis ini ialah wakil Menteri Besar Kedah, YB Ir.Dato Nawawi Hj.Ahmad berserta beberapa orang Ahli Majlis Kerajaan Negeri ,Pegawai - Pegawai Kanan Negeri Kedah dan Ketua - Ketua Jabatan .Klik untuk gambar taklimat seterusnya ........ |
|||||||||||||
kemaskini terakhir pada04.10.2007 oleh Pasukan Web UPKIS JKR Kedah . |