07.Mei. 2007

Tahniah Perlantikan KPKR Baru......


Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah mengalu - alukan dan
mengucapkan sekalung tahniah atas perlantikan KPKR Baru yang berkuatkuasa pada 3 Mei 2007 kepada ;
dari kiri....
Y.Bhg.Dato' Ir.Dr.Judin Bin Abd.Karim sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya ,Malaysia.
Y.Bhg.Dato' Ir.Haji Mohammad Bin Husin sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya 1.
Y.Bhg.Dato'Ir.Hj.Mohd.Noor Bin Yaacob sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya 11.
Y.Bhg.Ir.Selvanayagam A/L P.Nagalingam sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya 111.
Seluruh warga mendoakan agar diberkati Allah s.w.t dalam melaksanakan tugas dengan Cemerlang ,Gemilang dan Terbilang.

09.April. 2007

Taklimat Diraja............

KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman berkenan untuk berangkat ke tapak Pembinaan Akuarium Arapaima Gigas Istana Anak Bukit pada 9 hb.April 2007 jam 5.30 ptg bagi menyempurnakan Majlis Ringkas Pecah Tanah & Taklimat projek oleh Pasukan Projek JKR Kedah yang diketuai oleh Ir.Baharanuddin Bin Che Zain S.D.K.,B.C.K. Akuarium ini dijangka akan siap pada bulan Ogos 2007 .Baginda juga turut melawat kawasan Zoo Mini yang sedang di dalam peringkat Pengindahan Semula oleh JKR Kedah di bawah kelolaan Pasukan Khas JKR yang juga dikenali sebagai UPKIS @ Unit Penyenggaraan Kemudahan Istana. Klik untuk gambar......

01.Feb. 2007

Taklimat Diraja.....

KDYMM TUANKU SULTAN KEDAH DARUL AMAN TELAH MENCEMAR DULI BERANGKAT KE KAWASAN ZOO MINI ISTANA ANAK BUKIT BAGI MELIHAT PERKEMBANGAN KEMAJUAN KERJA SEMASA YANG MELIBATKAN KERJA-KERJA PENGINDAHAN SEMULA.

19.April. 2007

Kursus Perolehan........

Bahagian Ukur Bahan JKR Kedah telah menganjurkan Kursus Perolehan Dan Pentadbiran Kontrak pada 19 April 2007 bertempat di Dewan Ting.12 Bangunan Sultan Abdul Halim , Alor Star mulai jam 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Kursus ini telah dikelolakan oleh Puan Aisha Bee Bee Bt Pakeer Mohd. bersama Yang Mulia Raja Zaitun Bt.Raja Adam dari JKR Ibu Pejabat Kuala Lumpur.

16.Okt. 2006

PERUTUSAN AIDIL FITRI 1427/2006

ALLAHU AKBAR X 7

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita sekali lagi menyambut Syawal bagi tahun 1427 H ini.

Mudah –mudahan segala usaha kita bersama di dalam menunaikan ibadat puasa sebulan dengan penuh keikhlasan, di samping memberi perkhidmatan kemudahan infrastuktur kepada rakyat di dalam Ramadan Al Mubarak diterima Allah SWT .
Sempena Aidil Fitri yang mulia ini, sama-samalah  kita saling ingat memperingati tentang pentingnya menjaga keselamatan di jalan raya semasa pulang berhariraya dan meraikannya sekadar merayakan kemenangan dan memperbaharui keazaman untuk terus berbakti pada bulan-bulan yang akan datang. Melalui pendekatan yang sedemikian, nilai sesaorang insan akan terus dapat dipertingkatkan dan memungkin kezahiran hasil kerja yang berkualiti.

Bagi pihak Pengurusan Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas segala salah dan silap saya sepanjang  menjalankan tugasan harian bersama tuan/puan semua, seterusnya mengakhiri perutusan ini dengan “SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI”.

 

Ir.Baharanuddin Bin Hj.Che Zain SDK.,BCK

Pengarah JKR Kedah Darul Aman

PERISTIWA SEMASA

AL FATIHAH

Seluruh warga JKR Kedah merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada seisi keluarga Allahyarham Ir.Hj Ahmad Mokhtar Bin Che Man ( Ketua Penolong Pengarah Kanan Elektrik )yang telah kembali ke Rahmatullah pada 30 hb.September 2006. Sesungguhnya beliau telah banyak meninggalkan jasa dan kenangan untuk kita semua ; mudah mudahan ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya.

20.Nov. 2006

PERUTUSAN AIDIL FITRI 1427/2006

 Kemeriahan Syawal terus digemilangkan oleh JKR Kedah dengan Majlis Jamuan Hari Raya yang telah diadakan di Dewan Wawasan Jitra pada 20hb.Nov.2006. Semua peringkat kakitangan berserta ahli keluarga dari semua daerah telah turut hadir bersama-sama pegawai-pegawai kanan untuk bermaaf-maafan.

   

21 Sept. 2006

Seminar Bahan......

Bahagian Arkitek JKR Kedah menganjurkan Taklimat Teknikal/Bahan oleh Syarikat Emir Enterprise Sdn. Bhd. di Tingkat 12 Bangunan Sultan Abdul Halim Alor Setar. Wakil-wakil dari semua bahagian dan daerah JKR Kedah telah hadir.
Bahan : Lockset (Iron Mongery)

12 Sept. 2006

Audit Sirim MS ISO 9001/2000

 Pasukan Audit dari SIRIM Malaysia telah membuat auditan ke semua Bahagian & Daerah di JKR Kedah pada 12hb.-14hb.September 2006,bagi mengenalpasti tahap pematuhan dan kefahaman SPK JKR Malaysia.

   

 

"Selamat Bersara"

Dato Seri Prof.Ir.Dr.Wahid Bin Omar Pengarah JKR Kedah & Seluruh Warga JKR Kedah Darul Aman merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala pengorbanan yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan selama 32 tahun. Semoga ALLAH SWT melimpahkan rahmat kesihatan dan kesejahteraan .

Gambarfoto kenangan bersama YB Menteri Kerja Raya pada Majlis Jamuan Makan Tengahari "Jasamu Dikenang" pada 5.3.2007: Hari terakhir perkhidmatan beliau sebagai Ketua Pegarah Kerja Raya Malaysia.

MERCU TANDA BARU ALOR STAR

Pemberitahuan

Peristiwa .

 

MAKLUMAN

Bahagian Pengurusan
Korporat JKR Kedah
telah mula beroperasi di T
ingkat 11 , Bangunan
Sultan Abdul Halim
Alor Star Kedah pada 11.4.2007
dan di bawah pimpinan


Ketua Penolong Pengarah
En.Abdullah Helmi Bin Mohd Noor



Ketua Unit Sumber
Mazuin Bt Abu Hassan

Ketua Unit PTM
Ahmad Basri Yaacob

Juruteknik
Norasyikin Abdul Khalid

Juruteknik
Zainol Mat Isa

Pembantu Tadbir
Zamree Zakaria

Jurutaip
Shatirah Hj.Mahmud

kemaskini terakhir pada 23.4.2007 oleh Pasukan Web. shaifulUPKIS JKR Kedah .