Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2006 Dan Meraikan Pesara Tahun 200

1

Alor Star , 14 Januari : Bahagian Pentadbiran dan Kewangan JKR Kedah sekali lagi telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Majlis Persaraan Tahun 2007 bagi bahagian - bahagian di Ibu Pejabat JKR Kedah bertempat di Hotel Holiday Villa pada 14 Januari yang lalu .Majlis ini merupakan majlis khas yang dirancang bagi mengikiraf sumbangan dan jasa warga Kerja JKR Kedah yang telah bersama - sama jabatan ini , membangunkan imej jabatan yang sekali gus meletakan JKR Kedah sebagai sebuah jabatan kerajaan yang penting di negeri ini.Dalam ucapan ringkas dan membawa mesej tersendiri kedapa hadirin yang hadir , Tuan Pengarah JKR Kedah Ir. Haji Baharanuddin Bin Che Zain telah menekankan betapa pentingnya semua pegawai dan kakitangan JKR memberikan perkhidmatan yang berkualiti di dalam tugas yang diamanahkan .Kerjasama berpasukan disebutnya sebagai kunci kepada kejayaan penyampaian perkhidmatan jabatan untuk negeri Kedah khususnya dam masyarakat amnya.

Dalam majlis yang dihadiri hampir 150 pegawai , kakitangan diperingkat Ibu Pejabat JKR Kedah dan tetamu yang diraikan ,Tuan Pengarah JKR Kedah telah sudi menyampaikan sijil - sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2006 kepada 20 kakitangan pelbagai bahagian serta 9 sijil penghargaan kepada pesara - pesara JKR Kedah tahun 2007.Beliau juga telah menyerahkan sijil - sijil penghargaan dan bertukar cenderahati dengan wakil kontigen Kawad Hari Kebangsaan ke 50 JKR Kedah, En Saiful Nizar bin Md. Hilmi dan En. Ismail bin Man , yang telah berjaya memenangi Kategori Jabatan Kerajaan pada 31 Ogos 2007 yang lalu.Kontingen ini juga telah berjaya membawa pulang RM 3,000.00 sebagai ganjaran kemenangan tersebut.

   
   
   
   
kemaskini terakhir pada 31.01.2008 oleh shaiful Web UPKIS JKR Kedah .